Selasa, Mei 19, 2009

Kota buku

PUTRAJAYA 19 Mei — Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahun ini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasil karya mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata projek tersebut yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

Katanya, Kota Buku turut berperanan dalam memajukan sektor penerbitan dan kesusasteraan di negara ini.

“Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur.

Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku.

“Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan. Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian."

- BERNAMA (19/5/2009)



~ Hasyuda Abadi ~

1 ulasan:

Ozzay.Com berkata...

Salam. Inilah peluang besar pada karyawan penulis seperti sdr Hasyuda untuk lebih memasarkan produk buku yg dikaryakan oleh sdr Hasyuda. Rebut peluang ini demi memperkenalkan lagi hasil tulisan Hasyuda Abadi.