MENGINAI BADAI - Koleksi puisi Hasyuda Abadi yang diterbitkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada tahun 2004 atas inisiatif Pengarahnya ketika itu, Tuan Haji Hamzah Hamdani. Buku ini memuatkan 133 buah puisi yang ditulis sejak tahun 1997 hingga tahun 2004. Temanya pelbagai meliputi keagamaan, kritikan sosial serta isu-isu seputar yang berlaku sekitar tahun-tahun berkenaan. Blog ini menyediakan pautan untuk memberikan peluang sesiapa juga di merata tempat di dunia membaca serta menghayati puisi-puisi yang terkumpul. Moga memberikan manfaat bersama. Selama membaca.
Kumpulan Puisi SINAR SIRNA diusahakan penerbitannya oleh DBP Malaysia pada tahun 2006. Penerbitan buku ini melalui pelbagai liku, bermula daripada cadangan menyatukan puisi-puisi ini bersama dengan empat penyair lain di Sabah hinggalah kepada pindaan judulnya yang asal iaitu 'Lebur yang Abadi'. Namun demikian, DBP Cawangan Sabah telah mengambil inisiatif untuk menjadikan setiap penyair yang karya-karya mereka dikemukakan ke DBP Kuala Lumpur dicetakan secara perseorangan, maka lahirlah buku seperti yang ada lihat sendiri. SINAR SIRNA memuatkan 160 buah puisi pilihan yang saya tulis pada tahun 1988 hinggalah tahun 2005. Sekiranya anda mahu membaca kandungannya sila klik sahaja dan nikmatilah puisi-puisi tersebut. Selamat membaca.
KEMBALI DI LAHAD RAHSIA - Koleksi puisi terkini saya, mencantumkan 114 buah puisi yang bernafaskan Islami. Kebanyakan puisi-puisi ini berbentuk lirik dan bersuara secara batini. Beberapa buah puisi pernah diterbitkan dalam majalah dan buku-buku sebelumnya. Buku ini dipecahkan sebanyak 3 iaitu Berjalan ke Arah Cahaya (32 buah puisi), Lebur dalam KerahsiaanNya (68 buah puisi) dan Usikan Kalbu (14 buah puisi). Lirik dalam Usikan Kalbu mempunyai pengaruh dengan tulisan Anisah Mai yang terdapat dalam Tasauf Moden - Abuya Hamka. Moga puisi-puisi ini memperoleh kebaikan untuk bacaan kita bersama. Sebagai insan biasa, saya berpegang kepada ibadah, menulis sebagai suatu ibadah. Selamat membaca.
SUARA YANG TERBUKA ialah nama lain dari suara yang terdengar “nyaring”. Begitulah judul buku puisi Hasyuda Abadi, penyair senior Malaysia, Suara yang Terbuka: Kumpulan Puisi (Kuala Lumpur, 2014). Buku puisi ini dibagi ke dalam tiga bagian subjudul: 1) Suara yang Terbuka (mengandung 24 puisi), 2) Luka-luka Sejarah (mengandung 16 puisi), dan 3) Mimpi Sejarah (mengandung 29 puisi). Pembahagian ini tentu saja hanya sekadar pembahagian puisi secara tematik yang longgar. Pada hakikatnya, puisi-puisi Hasyuda Abadi saling berkaitan pesannya satu sama lain.
3 ulasan:
saya sangat mengkagumi kebolehan Enik Hasyuda mengarang puisi.Saya pernah cuba mengarang puisi semasa dialam persekolahan namun ramai berkata lebih baik saya mengarang cerpen kerana puisi saya tak puitis langsung.Bagaimana agaknya En Hasyuda mendapat idea untuk menulis cerpen disamping penggunaan perkataan yang canggih?
sorry bukan tulis cerpen tapi tulis puisi
Terima kasih kerana meninggalkan sesuatu dalam blog ini. Puisi merupakan sebuah dunia yang amat luas. Puisi harus dipenuhi dengan kata-kata, emosi dan fikiran. Perlu keberanian mendapatkan diksi atau kata-kata baru, rajin mencuba karya penyair2 terkenal dan rajin membaca kamus. Di samping itu harus sensitif tentang kehidupan. Ini pesan guru-guru saya.
Catat Ulasan