Agak terkilan juga kerana tidak dapat menyertai Majlis Pengucapan Puisi Amal Gaza yang telah diselenggarakan oleh para sahabat di Kota Kinabalu. Jika disuruh membuat pilihan tentulah saya harus akur dengan arahan pihak atasan saya untuk melaksanakan tugas rasmi. Pendirian saya bagaimanapun tetap berada di kedua-dua keadaan, tanggungjawab tetap tanggungjawab, sebagai penjawat awam dan sebagai aktivis sosial. Syukurlah majlis amal berkenaan telah dilaksanakan dengan baik sekali, begitupun saya belum menerima sebarang komentar atau maklumat terkini daripada sahabat-sahabat. Namun yang pasti program ini sampai pada matlamatnya di samping menikmati pengucapan puisi berkaitan penderitaan masyarakat Gaza.
2.
Sebaiknya bersederhana, betul dan saya bersetuju dengan ungkapan ini yang juga dikatakan oleh Cikgu Mohd Isa Razak dalam blognya. Semurni-murni tindakan untuk meraikan apa juga peristiwa ialah kesederhanaan. Bukan riak dan apa juga bentuk perbuatan yang menyalahi suruhan agama dan norma sosial sehingga melahirkan sifat angkuh. Bila menang kita harus ingat masanya kita tewas meskipun ramai yang lupa. Kemenangan bukan suatu yang mutlak sebagaimana kehidupan ini dengan pasangan-pasangannya. Sepatutnya kita insaf, semua orang yang terlibat perlu sedar tentang kesementaraan ini. Bila menang pasti ada masanya tewas, begitulah sebaliknya.
3.
Pertemuan dengan Abd Naddin saya tangguhkan hari ini lantaran harus menyelesaikan beberapa perkara peribadi, sepatutnya pertemuan itu diadakan, untuk mendapatkan gambaran majlis Pengucapan Puisi Amal Gaza pagi tadi. Pada masa yang sama saya begitu teruja untuk mengkhabarkan perjalanan singkat saya di Kuala Terengganu. Tidak puas berutus menerusi SMS, menceritakan beberapa peristiwa yang menyerap dalam kalbu. Banyak sekali dan sukar untuk diterjemah menerusi blog ini.
Jasni Matlani (JM) dan Ony Latifah Osman juga menghantar sms mereka pagi tadi. Mudah-mudahan Allah memberian keselamatan buat sahabat-sahabat saya ini dan semua rakan penulis dan masyarakat di Sabah yang mempunyai tekad dan hasrat yang sama menentang pencerobohan dan kekejaman Zionis Israel.
4.
Petang ini sudah berada di Kota Kinabalu. Saya masih mengenangkan babak-babak menarik di Kuala Terengganu. Makan santai di Dataran Shahbandar - Nasi Kerabu dan segelas air kelapa ditemani rakan sejawatan yang terus membujang (apologi buatmu Sop). Mendengar ceramah politik PR yang kebetulan berlangsung di situ. Ketika itu Menteri Besar Selangor sedang berucap. Pada pandangan yang lain tergambarkan juga pelbagai jenis poster, panji-panji, bendera, risalah, newsletter dan kesibukan warga Terengganu. Berada pada satu malam, yang begitu 'menyusahkan' perjalanan apabila banyak jalan ditutup pihak berwajib tetapi dengan helah pemandu kami, berjaya juga masuk ke Stadium Negeri untuk mengikuti pengumuman rasmi PRK Kuala Terengganu. Sebelum itu agak teruja juga oleh ramainya manusia di sepanjang jalan berhampiran hospital dan stadium, entah apa akan jadi sekiranya keputusan tidak berpihak kepada mereka.
5.
Iktibar tetap berkibar. Dapat melihat kembali dan mencari mana-mana yang murni untuk diteladani dan diabaikan yang tidak baik sebagai sempadan.

2 ulasan:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saudara Hasyuda,
Terima kasih kerana memasukkan pautan blog saya di blog tuan. Terima kasih juga kerana memasukkan pautan blog saya dalam badan masukan terbaharu tuan. Saya memang perlukan pertolongan yang sedemikian. Mudah-mudahan bantuan tuan dapat menambah pengunjung blog saya yang belum pun berusia satu bulan. Saya perlukan khalayak yang lebih besar agar masyarakat dapat memanfaatkan pandangan saya.
Fokus utama saya ialah penggunaan bahasa Melayu tinggi. Antaranya ialah kepersisan penggunaan tatabahasa dan aspek kesantunan berbahasa. Oleh itu saya menggunakan slogan “Pancarkan Akhlak Mulia dalam Penulisan Kita”. Wallahuaklam.
Wassalam.
Waalaikum salam, bagi pihak masyarakat umum dan secara peribadi saya merasakan usaha Cikgu merupakan satu langkah yang terpuji dan wajar dihargai. Insyaallah menerusi pautan blog ini dan juga blog-blog sahabat-sahabat yang lain akan menggemilangkan lagi slogan yang Cikgu pancarkan.
Catat Ulasan