Rabu, Januari 21, 2009

Mengulangi Peristiwa

Saya ingin membawa anda merenung semula bagaimana rasa selesa dalam sebuah suasana yang telah kita jangka dalam kehidupan. Suasana ini mungkin berlaku tetapi amat jarang yang berfikir bahawa keselesaan bukanlah jawapan kehidupan yang maha indah ini sentiasa indah. Kita perlu ada niat yang suci. Betul. Menghargai apa yang telah diberikan. Juga betul. Ruang yang dimiliki yang diberikan Ilahi dan ruang yang dianugerahiNya bagi mengimarahkan bumi harus tidak dicemari dengan angan-angan keji. Kita sentiasa ingat bahawa setiap yang kita lakukan merupakan rahsia yang diberikan Tuhan, kita melakukannya dengan sebaik mungkin. Hanya mungkin kealpaan membawa kepincangan mengalir ke muara keinginan dan niat yang sepatutnya murni itu membinakan pula benteng antara yang berhak dan tidak. Sesekali kita gagal memilih dan menilai dengan baik. Kita berada dalam ruang yang sama sekali tidak berubah. Inovasi kita hanyalah sebuah ulangan atau 'rebranded' sebuah peristiwa masa lalu. Dengan cepat, sebaiknya kembali mengenali ruang yang kita diami. Untuk siapa apa kita fikirkan itu; ruang yang ada di mana kita berada ini mahu dijadikan apa, apabila berasa selesa.

Sering kali orang berkata anda jangan terlalu selesa berada dalam keadaan yang selamat! Sebuah bilik yang kecil tentu tidak memberikan makna keselesaan, setidak-tidaknya ada ruang lain untuk mengekalkan
'kedudukan' atau fikiran-fikiran baru yang perlu diselesaikan. Masalah yang datang tiba-tiba wajar ditempatkan pada ruang-ruang yang berbeza dan dekat dengan kita. Kita harus memetakkan fikiran-fikiran lain juga yang harus seiring dengan hasrat yang akan berlangsung pada ruang itu. Siapa pun tidak inginkan faedah yang tiada, apakah anda sanggup memberikan nafas kepada orang lain sedangkan nafas anda 'ngam-ngam' untuk kehidupan anda? Kita perlu memberikan sebuah jawapan yang tepat dan meyakinkan.

1 ulasan:

O'zay berkata...

Asalamualaikum...

Saudara Hasyuda,

Tulisan saudara pada kali ini amat kena dalam hatiku. Mungkin yang saudara maksudkan fenomena yang melanda segelintir rakyat Sabah sekarang ini. Bermula dari sebuah daerah pekan kecil yang suatu ketikanya dulu tidak ramai mahu mengetahui apa yang ada disebalik pekan kecil itu. Nah! sekarang ini ibarat 'telur sebiji riuh sekampung', maka bermulalah ia dengan mendadak tanpa mengetahui, selidik serta menyelami kekalutan disebalik gula yang ditabur dipekan itu maka ramai yang hanyut dalam angan-angan atau impian menggunung. Apa yang aku buat nanti untuk gula ini?. Tak kurang juga sifat tamak dan menghancurkan bangsa sendiri pun terselit dalam fenomena ini. Pabila melanda musibah itu, maka ramailah yang terpinga-pinga dan terkejut 'beruk'. Kenapa ini terjadi pada kita? Carilah jawapannya..mungkin jawapannya ada pada diri kita sendiri..
Wasalam - ozay.