Ahad, April 26, 2009

Sekitar Program Bengkel Penulisan Cerpen di SMK Agama Inanam Sabah

Ikatan Penulis Sabah (IPS) menggerakan program bimbingan lestari sastera di Sekolah Menengah Agama Inanam Sabah pada Sabtu, 25 April 2009. Gabungan Jawatankuasa Tertingginya diketuai Ketua Satu, Hasyuda Abadi dan dibantu 5 yang lain iaitu Cikgu Julius Mokejal, Mabulmaddin Haji Shaiddin, Ustazah Oneh Latifah Osman, Cikgu Mohd Fuad Bebit dan Jasni Yakub. Para pelajar telah didedahkan pelbagai teknik penulisan cerpen termasuklah bagaimana menjawab soalan Bahasa Melayu bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Para pelajar juga diterapkan juga apresiasi penciptaan cerpen dalam kumpulan-kumpulan yang dibentuk dengan bimbingan fasilitator. Mereka kemudiannya mengadakan latihan untuk mempersembahkan sebuah sketsa pada penghujung program berdasarkan sebuah cerpen yang dipilih karya para pelajar berkenaan. Lebih menarik lagi para pelajar telah menyelesaikan tugasan mereka dalam tempoh 2 jam menulis cerpen. Cerpen-cerpen itu kemudian diserahkan kepada wakil Pengetua. Terdapat beberapa buah cerpen yang mempunyai ciri-ciri penulisan cerpen yang boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majalah sekolah walaupun proses penulisan cerpen berkenaan hanya memakan masa tidak lebih dua jam. Kami merasa bertuah kerana berhadapan dengan anak-anak murid yang komited, memiliki minat yang amat mendalam dan berdisiplin.

Foto-foto di bawah merupakan rakaman yang saya ambil untuk tatapan bersama. Lebih penting lagi kami semua merasakan program ini memberi manfaat yang tentu saja akan kami lebarkan pula ke sekolah-sekolah lain pula agar pengalaman yang serupa dialami anak-anak yang dahagakan ilmu.

Untuk makluman bersama, IPS mempunya tenaga pakar yang boleh menunjuk ajar dan memberi panduan terhadap isu-isu yang perlu diambil perhatian khusus dalam subjek kesusasteraan dan Komsas bagi subjek Bahasa Melayu.















2 ulasan:

Awang Abdul Muizz berkata...

Assalamualaikum

Belajar sastera, apalah salahnya buat diri hamba??? Bersastera, berbahasa dan berbudaya tanpa melupakan dunia realiti (pelajaran - PMR, kerjaya - Kokurikulum, isu semasa). InsyaAllah.(Awang Pemulia - Abdullah Muizzan, 2 Mei 09)

Encik Sukor,
Saya bertuah dapat belajar sedikit sastera bersama Encik. Lain kali, saya belajar lagi - tanpa melupakan persediaan menghadapi PMR "around the corner". InsyaAllah.

Hasyuda Abadi berkata...

Alhamdulillah, teruskan. Moga berjaya cemerlang dalam PMR nanti.