Jumaat, Mei 01, 2009

Apa Cerita MBSS?

Apa dah jadi dengan MBSS? Lama juga tidak ditanyakan hal ini. Lama juga tidak mendengar khabar mengenainya. Nampaknya isu ini kembali diam atau 'didiamkan', samada untuk seketika atau selama-lamanya, kita tidak pasti. Hakikatnya MBSS yang pernah dibawa dan di'janjikan' seorang Menteri kembali menyepi. Sebuah janji dimanisi dengan pelbagai harapan yang kemudiannya mengangankan sebuah gerakan sastera yang lebih dinamik sifatnya, lebih global dan menjejakkan impian menjadikan Sabah sebagai dataran sastera di rantau ini. Bila saya lihat semula foto ini saya tidak akan lupa perbincangan yang maha muluk di pejabat seorang Menteri. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan apa-apa selain ingin membawa perhatian anda agar turut melihatnya secara aktif. Siapa 'anda' yang saya maksudkan? Tentu sahaja rakan-rakan penulis di Sabah dan juga pengurus dan aktivis sastera, budaya dan bahasa di Sabah. Saya tidak banyak membantu dalam hal menjana semula MBSS yang telah menyepi sekian lama itu. Selain hanya menyatakan sokongan. Tapi tidak mungkin mengharapkan apa-apa...


~ Hasyuda Abadi ~

Tiada ulasan: