Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Ahad, April 26, 2009

Setelah sebulan ayahanda kami...

Kelmarin, 25 April 2009 - genaplah sebulan pamitnya ayahanda kami, Datuk Haji Shuhaibun Yussuf, saat kami akan memberikan ilmu sastera kepada anak-anak putera dan puteri SEMAI (Sekolah Menengah Agama Inanam). Kebetulan anaknya Cikgu Irman Shuhaibun bertugas, di sekolah yang sama, membuatkan saya rasa sebak apatah lagi setelahCikgu Irman meminta izin terhadap sebuah puisi saya yang pernah ditulis pada 15 Januari 2000 (sembilan tahun lalu) berjudul 'Dangau Seribu Makna' untuk disimpan dalam bingkai sebagai mengenang Allahyarham.

Bercerita sedikit latar ayahanda Datuk Shuhaibun, ramai yang maklum kerana beliau merupakan budayawan dan sasterawan yang amat dikenali di Malaysia dan Brunei, dikenali ramai mahasiswa dan pengkaji budaya dan bagi kami yang akrab dengannya merasa tidak puas mendapatkan sebanyak mungkin ilmu yang dia miliki. Jika anda berkesempatan ziarah atau melawat Dangau Budaya (dahulu malah saat ini), pastinya akan melihat sendiri ribuan koleksi buku, majalah, keratan akhbar dan juga artifak-artifak seni dan budaya yang tidak tersimpan di mana-mana. Menurut Cikgu Irman satu ketika ayahanda Datuk Shuhaibun agak sukar juga untuk menulis semula apabila telah meninggalkan lama dunia sastera kerana diriuhi oleh tugas sebagai pengurus budaya di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri. Namun benarlah bahawa kegigihan tidak mengenal erti putus asa, telah membayar makna kegigihannya. Buktinya Allahyarham masih boleh menulis karya sastera dengan baik malah mampu menyaingi penulis-penulis semasa. Beliau masih mampu meraih Hadiah Sastera Sabah dan memenangi pelbagai peraduan menulis termasuklah Skrip Drama Pentas. Saya menyatakan pada Cikgu Irman bahawa Ayahanda kami ini tidak pernah 'mati' di dunia sastera dan budaya, di dunia 'seniman' kami beliau masuh 'terus hidup' malah saya merasakan bahawa Ayahanda itu sentiasa berkata-kata, membisikkan di telinga dan kalbu saya untuk meneruskan perjuangan, menggerakkan bahtera sastera dengan siaga tanpa kenal erti putus asa dan dalam keadaan apa sekali pun. Kami memang sentiasa mendengar setiap kalimah Allahyarham meski ada waktunya dalam ungkapan humornya yang sinis dan bermakna.

Pada tahun 2000, sempena hari kelahirannya tanggal 1 Januari, kami seperti biasa melawat beliau, mengunjungi Dangau Budaya untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun. Dan seperti biasa beliau sentiasa memberikan fokus terhadap bahan-bahan budaya dan literasi sastera yang dia punyai. Saat itulah saya merangka-rangka sebuah puisi sebagaimana judulnya yang disebutkan di atas. Mengenai Dangau Budaya dan kehidupan budaya dan sastera di sebuah rumah yang tidak kelihatan jika melalui jalan raya utama Kota Kinabalu-Papar, tapi tetap tampak di mata sesiapa juga yang pernah berada di sana. Maka amat wajarlah sekiranya Dangau Budaya menjadi sebuah bangunan yang lain agar segala khazanah milik Datuk Haji Shuhaibun Yussuf dapat lebih terjaga, lebih dihargai; barangkali semacam sebuah muzium yang patut diperhatikan dengan serius oleh jabatan yang berkaitan. Ya, kita faham hanya orang yang tahu bagaimana mahu memanfaatkan khazanah lama sahaja yang mampu melakukan sesuatu yang diperlukan. Bukan bergantung harap sangat kepada orang-orang besar semata-mata tetapi kita mempunyai jabatan yang khas untuk itu misalnya Jabatan Warisan Negara atau Jabatan Muzium Negeri dan sebagainya. Cita-cita itu telah lama terakam, pernah dibuat tabungan, kempen dan kini cita-cita besar Allahyarham tersebut telah turut dibawa bersama dalam perjalanannya yang baru.

Setelah Allahyarham meninggalkan Dangau Budaya buat selama-lamanya, kita yakin artifak seni dan budaya yang ada akan terus terjaga. Allahyarham memilik keluarga besar yang amat memahami dunianya terutama isterinya, Datin Ripah, anak-anaknya... saat ini saya jadi sebak dan amat merinduinya.


Dangau Seribu Makna
ayahanda Budayawan Datuk Haji Shuhaibun Yussuf

kegembiraan apakah dapat
kami beri kepada bapak
ketika hayat masih hangat membarai semangat
menyengat cita dan impian yang kian puncak
saat kita berkata
melerai sepi menanti hari demi hari
membilang usia tua
menggalas waras tokoh
memanen jasa

di dangau seribu makna
memekar harum ilmu
tak pudar sebagai peribadi perkasa
menangkap cekap warna pintar
tersimpan di celah debu
dan sarang laba-laba
rak-rak tua dan lembar-lembar
kain berbunga

kata bapak,
mengenali nurani pada segala
artifek tua, buku-buku berjilid sempurna
gasing-gasing yang sering
menemukan gemilang purba
perdu budaya masih berakar mekar
adalah nurani bapak
bersemi di dalam senyap impian
dijulang sanjung
sambil di dalam lipatan akhbar lama
bapak sisipkan tanda jati diri kelana
potret yang menyanjung seni
ketimbang busananya
alangkah di tengah kamar tamu
terjepit perit kasih
bapak senandungkan riwayat purba

sambil ratusan ilmuan datang
menemukan keajaiban dangau
mengkhabarkan dunia dan anak-anak bangsa
memanjangkan perkenalan
tapi apakah kegembiraan
dapat kami hulur
buat bapak?

Dangau Budaya,
Kampung Pengalat Kecil,
Papar, Sabah.
15.1.2000

( Juga terdapat dalam Kumpulan Puisi 'Menginai Badai')

Al-Fatihah...

Lihat juga puisi Balasungkawa Pengembara karya JY.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum wbr,

Saya mewakili keluarga Allahyarham Datuk Shuhaibun ingin merakamkan salam terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada IPS khasnya kepada saudara kami Hasyuda Abadi yang telah mengisi sebahagian/ ruang yang penting dalam hidup Allahyarham. Saya tidak dapat membayangkan kehidupan ayahnda selepas berpencen sekiranya IPS tidak bertandang ke Dangau Budaya kami di Papar.

Pertama kali membaca sajak Dangau Seribu Makna ini, ia telah menyentuh bahagian yang paling dalam di dalam diri saya, saya sebak kerana penulisnya dapat menjiwai dan mewakili suara hati anak-anak Datuk dalam sajak ini dengan begitu baik sekali.. Terima kasih..

Semoga ruhnya termasuk dalam kalangan mereka yang berjaya di sana, aamin.

Irman Datuk Shuhaibun

Hasyuda Abadi berkata...

Waalaikum salam sdrku Irman. Sampai saat ini pun saya mudah merasai betapa akrabnya kami dan kita semua sebenarnya. IPS lebih kepada kekeluargaan. Kami semua satu keluarga bermakna kita telah menjadi sebuah keluarga. Allahyarham ayahanda sering membuatkan saya amat mencinta dunia sastera dan budaya. Budinya amat besar buat kami semua. Hanya yang tahu hati budinya memahami siapa Allahyarham ayahanda.

Sama-sama kita terus berdoa semoga roh beliau sentiasa mendapat tempat di sisi-Nya. Amin.

HA

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saat ini saya berada sangat jauh dari Malaysia, Sabah apatah lagi. Ketika diberitahu berita kehilangan ayahanda kami, saya tidak mampu berbuat apa2. Perasaan terluka tidak dapat dibendung tetapi satu yang saya paling ingat ketika berada di Hospital Queen Elizabeth selama 3 malam bersamanya tahun lepas sekitar bulan Ogos, beliau menunjukkan dan menyuruh saya mendeklamasikan sajak yang ada didalam catatan ini. Hati saya sebak kerana kami anak2nya tidak mempunyai kepandaian mengarang sajak atau seumpamanya. Terima kasih kerana dapat mewakili kami. Semoga Allah SWT mencucuri rohnya, Amin. (Arizah Shuhaibun- United Kingdom)