Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Isnin, Mac 10, 2014

Puisi



CITRA SANGKURA BATU
ANAK CUCU LIWAS PUTERA MURUT  

ini sangkura batu yang degilnya tak habis dimamah waktu. antara anak-anak yang berkembara tapi tak lupa usul asalnya dari bibit-bibit bumiputera anak cucu Liwas putera Murut di perbukitan. begitu cintanya tak terbelah pada leluhur tempat tumpah darah pemaknaan erti sebuah perjuangan. Ini sangkura batu yang diasuh mengasuh peribadi daripada makrifat payah nenek moyang memberikan kemenangan dan kemerdekaan maruah yang sering dikotak-katikkan. Apakah erti sebuah riwayat jika hanya hakikat yang perlu dirawat sepanjang hayat? Dari riuh cengkerang biji-biji getah pecah dan suara geselan dahan-dahannya, bau susu dan sekerap terus mengaroma sepanjang jalan dan lorong dan sungai yang cantik jernih sekarang semata dikenang. Jika benar menang rimba jati ditebang, getah disiangkan diganti palpa sawit dengan hakisan dan petaka habitat terus tenat. Zaman telah membayar usia sangkura batu memamah segala payah, gembira waima derita warga yang bergulat musibah. Dianugerahi mukjizat tahu faham dan logika dua campur dua berjawab lima. Tak terceritakan oleh aksara sebagai kata-kata semata retorika penyedap rasa andai bobrok bangsa dipalu canangnya bermaharajalela. para marhaen serupa orang-orangan di kebun atau batang-batang kayu mati yang dihanyuti air banjir. Analogi bisu yang dengan tenang menjadi jalan-jalan tanpa liku tuan-tuan penggodam terus rakus memperdaya mangsanya. dengar, ini sangkura batu, anak cucu Liwas putera Murut sedang siaga memimpin saraf akal meneroka bimbang marhaen. Mari bangsa, mari cinta, mari paduan semangat juang membanteras waras yang terbabas. buka segala tabir pemisah fikir pembatas khuatir, tak ada jalan tanpa hadir lahir ruang zahir melebarkan jalan-jalan tadbir. Mari saudara-saudaraku bergabung meletup, memerangi kebatilan, membanteras kebatilan, menghancurkan kebatilan! Ini sangkura batu anak cucu Liwas putera Murut di perbukitan!


Kampung Lumadan
Beaufort
15 Disember 2012

(Kumpulan Puisi 'Pintu yang Terbuka')
 

PUSTAKA IQBAL NAZIM

Tiada ulasan: