Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Isnin, Mac 10, 2014

Sastera dalam Pandangan Islam



SAYA cukup tertarik apabila melaksanakan tanggungjawab sebagai pembimbing penulisan puisi Islam kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kota Kinabalu bersempena  dengan Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FESTKUM 2014) baru-baru ini. Beberapa  hal yang lumrah dalam memperkatakan tentang sastera Islam bukan sahaja di Negara kita bahkan seluruh nusantara berkaitan dengan soal definisi, praktis dan lingkungan peradabannya. 

Sastera dalam Islam (baca: Arab) disebut sebagai adab. Dalam situasi seharian, kita boleh mengaitkannya dengan kesopanan, kesantunan, atau dengan istilah ‘kelembutan kata’. Sudah tentu untuk menilai sikap dan tingkah laku seseorang kita melihatnya dengan adab. Baik dengan melihat kesopanannya, kesantunannya, atau dengan kelembutan tutur katanya saat bicara. Namun definisi adab di dalam sastera jauh lebih besar daripada itu.
Menurut Shauqi Dhaif, adab (baca: sastera) adalah karya yang dapat membentuk ke arah kesempurnaan kemanusiaan, yang di dalamnya terkandung ciri estetika dan kebenaran. Dalam Islam, sastera haruslah mendorong hasrat masyarakat untuk menjadi pembaca yang baik. Masyarakatlah yang menjadi sasaran utama pemahaman kesusasteraan. Jadi sastera Islam lebih mengarah kepada pembentukan jiwa.

Definisi seni dan sastera Islam menurut Said Hawa dalam bukunya Al Islam, adalah seni sastera yang berlandaskan kepada akhlak Islam. Senada dengan Said Hawa, menurut Ismail Raja Al Faruqi, seni Islam adalah seni infiniti (seni ketakterhinggaan), di mana semua bentuk kesenian diperteguh pada keyakinan akan Allah. Ia juga menyatakan bahawa ekspresi dan ajaran Alquran merupakan bahan materi terpenting bagi ikonografi seni sastera Islam. Dengan demikian seni Islam dapat dikatakan sebagai seni Qurani atau seni Rabbani.

Harun Daud berkata, “tujuan kesusasteraan adalah untuk mendidik dan membantu manusia ke arah pencapaian ilmu yang menyelamatkan. Bukan untuk membentuk makna spekulatif. Sebuah karya sastera atau karya seni dalam Islam adalah alat atau bantuan dan bukannya pengakhiran realiti itu sendiri.” Sementara menurut Shahnon Ahmad bersastera dalam Islam haruslah bertonggakkan Islam, iaitu sama seperti beribadah untuk dan kerana Allah.
Setelah kita memahami definisi maupun tujuan dari sastera Islam, ada hal yang perlu kita jawab iaitu apakah yang akan menciptakan karya sastera Islam harus orang Islam? Atau apabila orang bukan Islam berkarya yang karya sastera mereka berdasarkan adab Islam, lalu apakah sastera mereka dapat dikatakan sebagai sastera Islam?

Kita perlu memahami maksud daripada definisi di atas, bahawa yang dikatakan sastera Islam adalah sebuah karya yang berlandaskan adab islami yang orang yang membuat karya sastera itupun harus orang Islam. Jadi jika orang tidak Islam berkarya dengan ciri karya sastera Islam bukanlah disebut sastera Islam. Sastera itu disebut dengan sastera yang bersumberkan Islam. 

Untuk memudahkan kita memahami maksud sebenarnya sastera Islam, berikut beberapa ciri sastera Islam, iaitu (1) Jika sebuah cerpen, puisi atau novel Islam, misalnya, tidak melalaikan pembaca atau penulisnya untuk mengingat Allah. (2) Ketika membacanya akan diingatkan kepada ayat-ayat kauliyah maupun kauniyah-Nya. (3) Ada unsur amar maruf nahi munkar dengan tidak menggurui. (4) Penuh dengan ibrah dan hikmah. (5) Ia kerap bercerita tentang cinta; baik cinta kepada Allah, Rasulullah, kedua orang tua, perjuangan di jalan-Nya. Cinta pada kaum muslimin dan semua mahluk Allah: sesama manusia, haiwan, tumbuhan, alam raya dan sebagainya. 

Ciri lainnya, karya sastera Islam tidak akan pernah mendeskripsikan hubungan badani, kemolekan tubuh perempuan atau betapa ‘indahnya’ kemaksiatan, secara vulgar dengan mengatasnamakan seni atau aliran sastera apapun. Ia juga tidak membawa kita pada tasyabbuh bi’l kuffar, apalagi jenjang kemusyrikan.

Terdapat pola umum persoalan azab (perkara bagaimana pesan disampaikan) dalam sastera Islam. Pola tersebut dinamakan pola balasan setimpal (poetic justice). Misalnya, terdapat rentang waktu dari A ke B. Seorang C akan berjalan dari rentang waktu tersebut. Dalam perjalanannya, 90% dihiasi dengan sikap dan sifat yang sangat buruk, hingga pada 10% terakhir si C akan mendapatkan azab yang sangat pedih dan akan menginsafi si C untuk berubah menjadi lebih baik. Sebetulnya, persoalan azab bukanlah persoalan pokok dalam kesusasteraan Islam. Jika kita merujuk pada kisah-kisah Nabi, sebelum diberikan azab terdapat peringatan-peringatan dalam bentuk ilmu, tarbiyah, pendidikan, dan wahyu. Jadi, yang paling penting di titik ini bukanlah azab tetapi peringatan berupa ilmu.

Selain itu, titik tekan dalam dunia kesusasteraan Islam terletak pada teknik penulisan kesusasteraan yang harus mendalam; bukan sekadar merakam. Pesan yang dibawa dalam kesusasteraan Islam juga bukan sekadar disampaikan di akhir cerita tetapi menulis wacana  yang terdapat gagasan di dalamnya. Watak-watak yang ada di dalam cerita bukan lagi aksi-aksi daripada pelakunya tetapi fikiran yang dibawa di dalam dialog-dialognya.

Islam memiliki darjat-darjat yang ada di dalamnya. Di dalam sastera pun terdapat pembahagian darjat-darjat kesusasteraan. Ada karya sastera yang tidak dapat ditujukan pada orang yang tidak sedarjat yang tidak memiliki kemampuan untuk memahami karya sastera tersebut. Tugas orang-orang yang memiliki kemampuan untuk memahami sastera (di dalam suatu darjat) itulah yang harus menjadi jambatan penyambung untuk memudahkan pemahaman pada orang-orang di bawahnya. Hal yang harus difokuskan dalam kondisi ini adalah ukuran ketamadunan yang tinggi. Akan tetapi, terdapat persoalan yang lebih penting dalam kondisi ini, iaitu bagaimana mendidik masyarakat untuk menempatkan suatu karya sastera pada masyarakat pembacanya pada tempat yang tepat. Ukuran yang paling tepat untuk mengukur hal ini adalah dengan menggunakan ukuran pandangan hidup Islam.

Sastera Islam kebiasaannya menempatkan fokus kisah-kisah tragedi sebagai kelemahan, nafsu kebinatangan dan kerendahan manusia. Sedangkan dalam pandangan hidup Islam, yang ditekankan adalah konsep uswatun hasanah (keteladanan); menjadi insan yang baik dengan cara mencontohi Rasulullah SAW.

Sastera Islam akan lahir dari mereka yang memiliki rohiyah Islam yang kuat dan wawasan keislaman yang luas. Penilaian apakah karya tersebut dapat disebut sastera Islam atau tidak bukan dilihat pada karya semata, namun juga dari peribadi pengarang, proses pembuatannya hingga dampaknya pada masyarakat. Sastera Islam bagi pengarangnya adalah suatu pengabdian yang harus dipertanggungjawabkan pada Allah dan umat. Sastera dalam kehidupan seorang muslim atau muslimah pengarang adalah bahagian dari ibadah. Maknanya tidak ada dari hasil karya mereka diniatkan selain untuk ibadah.

Sebuah karya tidak dikatakan sebagai sastera Islam hanya kerana mengambil latar belakang madarasah, masjid, mengetengahkan tokoh ulama dan menampilkan ritual-ritual keagamaan atau unsur sufistik. Sastera Islam lebih daripada sekadar slogan atau simbol. Pengarang, kehidupan, Islam dan karyanya menjelmakan satu kesatuan.

Para sasterawan Islam, berkarya tidak hanya sekadar berkarya, untuk menghasilkan sebuah kesenian yang indah, kata-kata yang mengagumkan. Tetapi mereka jauh lebih besar dari itu. Mereka berkarya atas dasar iman kepada Allah dengan tujuan dari karyanya itu dapat menjadikan dirinya dekat kepada Allah dan orang yang membaca karya-karyanya bisa ikut juga menjadi lebih baik.

Untuk mewujudkan semua itu tentunya sebelum berkarya haruslah memperbaiki peribadi terlebih dahulu secara matang sampai benar-benar memahami agama Islam secara kaffah. Sehingga apapun yang tertulis atau hasil karyanya benar-benar membawa kebaikan dunia dan akhirat.


PUSTAKA IQBAL NAZIM

Tiada ulasan: