Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Isnin, Mac 10, 2014

Persepsi dan kemandirian penulis



TIDAK semua pengalaman yang dilalui memberikan persepsi yang sama dalam semua keadaan oleh semua orang yang mempunyai kecenderungan yang sama. Misalnya ketika memperkatakan buku Antologi Sajak ‘Menjilbab Cinta’ karya para penyair Negara Brunei dan Sabah baru-baru ini, Jasni Matlani tidak dapat lari daripada lingkungan ini apabila hal yang sama dibicarakan oleh Profesor Madya Ampuan Brahim Ampuan Tengah. Bahkan menggulati pandangan kedua-dua tokoh ini juga tidak mungkin sama di hati atau dalam fikiran peserta program Bicara Karya yang hadir. Mereka juga mempunyai persepsi yang berbeza, pandangan atau pendapat yang tidak sealiran.

Ketika mula mendekati dunia penulisan saya begitu terpegun dengan penyair Marzuki Ali dan Jamdin B selain mengagumi puisi-puisi Suhani S, ABM Fajeer, Sairah Haji Antin, Ismaily Bongsu, Amil Jaya, Musa Masran dan Ibrahim Mohamad pada hari-hari dunia puisi semakin membuka selera intuisi fikir saya. Malah pada hari pertama menyertai Kumpulan Anak Seni pada tahun 1979 saya tidak menyangka wanita di hadapan saya adalah seorang penyair yang hebat. Hajah Zaiton Haji Ajamain pada saya seorang guru pertama yang memberikan jambatan untuk saya menyeberangi benua perpuisian. Sehingga akhirnya berpeluang pula mendalami puisi daripada mentor saya, Kemala dan beberapa orang tokoh penyair lain seperti Taufik Ismail, Sapardi Joko Damono, Muhammad Haji Salleh,  Shafie Abu Bakar dan Suhaimi Haji Muhammad. Sudah pasti persepsi saya terhadap para tokoh yang disebutkan tidak sama seperti yang mungkin diberikan oleh orang lain. Seperti sebuah kenangan, setiap orang pernah melaluinya tetapi setiap orang juga mempunyai persepsi yang berbeza apabila memperkatakan tentang kenangan waima pernah melaluinya bersama-sama.

Begitu juga puisi tidak semua dimulai oleh para penyair dalam permulaan yang sama. Penerimaan orang terhadap karyanya juga demikian, lazimnya pada satu jangka masa yang lama, baharulah puisinya diakui malah penulisnya sendiri diberikan perhatian. Bagaimanapun dunia puisi bagi saya bukan suatu yang dipaksakan kerana saya sendiri menemuinya pada waktu yang tidak disengajakan. Bagaimana saya boleh jadi seperti sekarang ini menulis puisi dan hanya puisi. Apakah puncanya? Mengapa puisi menjadi pilihan dan tidak kepada genre lain? Satu pertanyaan yang selalu ditanya para junior dan teman-teman yang baru kenal, apakah disebabkan oleh bengkel-bengkel penulisan?

Saya tidak dapat menolak pada pertanyaan terakhir tetapi jawapannya tidak. Kursus atau bengkel penulisan untuk saya datangnya kemudian. Pada saya apa gunanya kursus atau bengkel bagi penulis yang tiada karya atau tidak pernah melahirkan karya. Apa yang mahu dibengkelkan? Kita datang ke bengkel kereta tanpa membawa kereta yang perlu dibaiki, jika tiada kereta, apa yang mahu diperbaiki? Hal ini  juga berkait dengan persepsi. Persepsi yang salah ialah apabila terlalu teruja dengan pertemuan-pertemuan yang dirinya belum bersedia dan apabila selesai bengkel tidak ada apa-apa hasil yang boleh dibuktikan.

Mungkin benar bahawa penulis lahir kerana kewibawaannya sendiri, walau macam mana sekalipun hasrat melahirkan penulis menerusi penataran ilmu seperti bengkel dilakukan, jika bukan kerana keinginannya untuk menulis seterusnya diperakui sebagai penulis yang berwibawa, kita tidak dapat melihat pada satu-satu fasa, tempoh atau dekad tertentu lahir seorang atau beberapa orang penulis yang mewakili zamannya. Percayakah tidak jika saya katakan bahawa novelis unggul Azman Nordin hanya sekali melalui bengkel penulisan? Bagaimana pun peraih SEA Write Award ini telah berjaya mengetepikan persoalan bahawa penulis tidak sewajarnya menjadi begitu tidak kreatif kerana tidak menyertai sebarang kursus atau bengekal penulisan.

Mantan Pengarah DBP Cawangan Sabah, Zubaidi Abas mengakui tidak berjaya dalam usahanya melahirkan penulis yang dibina melalui bengkel penulisan. Beliau pernah mengharapkan agar melalui program bimbingan yang terancang mampu membentuk penulis muda di Sabah. Padahal prasarana disediakan, pembimbing yang terkenal diundang malah disediakan tempat latihan yang selesa. Sebagaimana kebiasaan, peserta begitu berselera untuk menyertai tetapi selera itu tidak semarak apabila nafsu berkarya tidak seperti yang diharapkan semasa dalam bengkel.

Namun hal ini amat berbeza bagi mereka yang sudah pernah berkarya. Berapa lama sekali pun tempoh berbengkel dilakukan, mereka tidak menghadapi masalah dari segi asas penulisan. Bukan bermakna program penataran seperti kursus atau bengkel tidak penting. Bagaimanapun program penataran begini harus terancang bukan direncanakan secara semborono. Bukan juga menganggapnya sebagai program sastera asal ada atau asal jadi.

Katakanlah diberikan tempoh satu minggu, satu bulan bahkan satu tahun. Tujuan kita untuk melahirkan penulis yang berwibawa. Bengkel atau kursus penulisan satu-dua hari selalu dibuat, tetapi apakah hasilnya boleh melahirkan penulis? Tidak mungkin dengan satu-dua hari mendengar panduan dan petua-petua mengenai penulisan, orang boleh menjadi penulis. Satu minggu pun tidak boleh menjamin dapat melahirkan penulis. Tetapi sekurang-kurangnya kemungkinannya lebih besar, dan kita mempunyai waktu yang lebih banyak untuk menyalurkan ilmu-ilmu dan petua-petua penulisan yang perlu kepada peserta bengkel.

Kelihatan juga bahawa rupanya untuk mencapai apa jua perlu melalui langkah paksa. Mengasuh juga perlu paksaan. Akhirnya kerana terpaksa akur dengan acuan yang ditetapkan menjadi pula seperti yang dikejar tak dapat yang dikendong pula tercicir. Kerana itu barangkali, biarlah penulis lahir dengan kemandiriannya, selepas itu mereka akan mencari ruang dan peluang untuk merealisasikan hasrat menjadi novelis, cerpenis atau penyair melalui apresiasi, bengkel, pugar idea sehinggalah pemantapan karya. Lupaka soal persepi sehingga kita merasa begitu rendah diri sehingga kemandirian itu membawa dunia penyair itu jauh daripada dunia yang semula jadi.

Penulis pada hari ini mempunyai banyak sekali peluang yang harus direbut. Apa yang penting mereka tahu di mana peluang itu diperolehi, bagaimana peluang itu direalisasikan dan akhirnya apakah peluang yang telah dicapai itu memberikan satu lagi persepsi yang berkaitan dengan kejayaan dan kegagalan karyanya di hati khalayak.


PUSTAKA IQBAL NAZIM

Tiada ulasan: