Selasa, Mac 25, 2008

Datuk Haji Shuhaibun Yussuf telah pamit...

Saya akan menghubung Ustazah Oneh Latifah Osman hari ini untuk membeli 2 naskah 'Syurga ke-9' karya Dato Kemala. Salah satunya memang untuk diberi kepada Datuk Haji Shuhaibun Yussuf. Sejak kembali dari Pulau Pinang saya begitu mengingatinya. Rupanya hasrat saya ini tidak kesampaian. Ayahanda kami ini telah kembali ke rahmatullah. Saya terkedu apabila membaca SMS dua sahabat saya, Jasni Yakub dan Jasni Matlani. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.50 pagi tadi.

Allahyarham yang sakit sejak tahun lalu dan kali terakhir kami ziarahi pada bulan Februari lalu. Saya begitu merasa kehilangan kerana allahyarham merupakan ayahanda kami, penasihat kami dan idola kami. Seorang yang berpengalaman dalam dunia budaya dan sastera, menyebabkan beliaulah tempat kami mengadu sehingga melantik allahyarham sebagai Ahli Kehormat Ikatan Penulis Sabah (IPS). Kita semua kehilangan seorang aktivis sastera dan budaya di negara ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

25 Mac 2009

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sedih. Banyak keinginan yang mahu saya raikan bersama allahyarham tidak kesampaian.
Al Fatihah.