Rabu, Ogos 08, 2018

Sesekali Menoleh ke Belakang, mana sudah?


Beberapa minggu kebelakangan ini sudah tidak lagi kelihatan catatan yang saya tulis di sebuah media di Sabah. Barangkali ada yang bertanya atau mungkin ramai juga tidak berasa apa-apa. Saya tidaklah begitu berharap menerima sebarang tanya mengapa catatan itu tidak ada. Daripada saya, jawapannya cuma satu media berkaitan telah mengecilkan ruangan sasteranya. Ini tidak dapat dielakkan. Surat khabar telah mengalami masalah jualan. Sebab itu surat khabar kebangsaan sudah tidak dijual di Sabah. Media-media ini hanya boleh diakses melalui atas talian, itu pun jika kita melanggan. Akhbar digital menyebabkan konsep tanpa kertas akan lebih mudah. Namun konsep ini tidak begitu bermanfaat kepada masyarakat tanpa internet.

Berbalik kepada catatan Sesekali Menoleh ke Belakang, meskipun sudah tiada anda temui, tulisan saya masih boleh diikuti melalui blog ini. Memang ada bezanya antara yang dicetak atas kertas dengan yang anda baca di skrin monitor baik melalui laptop atau set telefon pintar anda. Apa yang penting saya masih menulis selagi sihat. Akhir-akhir ini saya berasa kurang sihat dan tidak boleh begitu berfikir dan mengira seperti biasa. Barangkali inilah apabila sampai masanya fak tor usia mempengaruhi apa yang kita ingin buat.


RUMAH PUISI HASYUDA ABADI
(RupHA)

Tiada ulasan: