Jumaat, Oktober 08, 2010

DBP sebagai sebuah akademi

SAYA amat setuju dengan sebuah pendapat bahawa berbanding Sarawak, penulis-penulis di Sabah telah jauh ditinggalkan, bukan sahaja khazanah bukunya tetapi juga bilangan tokoh muda yang begitu dibanggakan. Sarawak tidak risau kerana memiliki talen yang begitu luar biasa dalam semua genre sastera. Sebaliknya di Sabah kita tercari-cari siapakah tokoh penulis mutakhir yang benar-benar berwibawa.‌

Penulis novel Sabah boleh dikira dengan jari, satu satu, terutama jika mengklasifikasi dari segi gender, ternyata tokoh wanita lebih menguasai. Pengarang cerpen dan puisi barangkali tidaklah begitu meresahkan, hanya diperlukan kegigihan yang perlu digandakan, termasuklah usaha untuk mengumpulkan karya menjadi buku. Dari segi penerbitan buku mutakhir terbitan DBP juga amat jelas sekali kemarau yang menjadi-jadi. Memandang sekilas senario ini kita sering mendengar persoalan di manakah silapnya padahal program-program penataran telah juga dilakukan.


Katakanlah kita mengharapkan DBP sebagai sebuah akademi atau dalam pengertian mudah sebuah organisasi yang mengumpul penulis atau bakat kepengarangan, mengasuh, membimbing, membentuk mereka sebagai pengarang yang berwibawa. Seterusnya 'mera
wat' secara berterusan karya-karya yang masih 'bayi' dan tanpa henti melakukan ini secara berlanjutan. saya juga berfikir, bukan tidak boleh dilakukan oleh badan-badan NGO yang berkaitan, paling tidak sekadar membantu agensi yang disebutkan awal tadi. tetapi akhirnya sejauh mana lahirnya penulis yang berilmu, mantap dalam karya, besar menterjemah tema dan alam kepengarangannya terletak kepada sebuah organisasi yang berwibawa dan dihormati yang memiliki sistem pengurusan yang bermutu tinggi. Untuk memastikan kehendak ini lebih yakin terurus ia juga memerlukan tanda aras dari segi kos kerana dana juga menjadi elemen penting, sekiranya ini tidak dipenuhi, apa juga yang kita mahu dan impikan tidak sampai ke mana-mana. Apa juga kita harapkan terserah kepada kecerdikan para pengurus yang saya fikir prihatin, prihatin sahaja juga tidak cukup tanpa gerak kerja atau tenaga tindak yang 'alang-alang'. Syabas jika anda juga mempunyai idealisme seperti ini.


PUSTAKA IQBAL NAZIM

1 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Sdr Hayuda: Ada maklumat baru mengenai Sdr yang sudi dikongsi dengan saya?

MARSLI N.O