Rabu, November 12, 2008

Teater Menunggu Tuan Presiden










ANJUNG Apesiasi DBP Cawangan Sabah akan digegarkan sebelum menutup kalendar 2008 dengan sebuah pementasan teater berjudul "Menunggu Tuan Presiden" karya Jasni Matlani dari Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA). Pementasan ini berlangsung pada 13 November 2008 bermula 8.00 malam di Dewan Besar DBP, Teluk Likas, Kota Kinabalu. Foto-foto ini saya sempat rakam semalam semasa menyaksikan latihan para pengemudi MTN. Produksi MTN diketuai oleh Cikgu Ramli AR dan A.Karim Gullam sekaligus sebagai sutradara. Para pelakon terdiri daripada Hamzah Lahab, Junaidi Lahab, Mohd Nor Makbul, Jasni Yakub, Caroline James, Nurul Syafiqah Abdullah, Razali Yumin, Shahirul Amirul, Ailin Nor, Ruhaini Matderin dan Ramli Jusoh.

4 ulasan:

EDU3217 : Teaching the Language of Drama berkata...

Assalamualaikum.

Boleh saya tahu, berapa judul skrip2 drama pentas yang telah ditulis oleh saudara Jasni Matlani?

Dan bolehkah saya mendapatkan salinan skrip2 drama pentas beliau seperti 'Menunggu Tuan Presiden' dan lain? Saya sudi membeli jika dijual kerana saya suka mengumpul skrip2 drama pentas.

Hasyuda Abadi berkata...

Terima kasih kerana mengunjungai Membelah Kabut. Sebaiknya anda menghubungi sahabat saya Jasni Matlani: 0168115593, untuk maksud yang dinyatakan. Beliau seorang penulis dan pemimpin penulis yang hebat.

umairah berkata...

apa tajuk2 drama pentas yg hasyuda dah hasilkan so far?

EDU3217 : Teaching the Language of Drama berkata...

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi memberi no hfnya. Bagaimana pula dengan skrip2 drama pentas nukilan saudara Hasyuda? Apakah judul2nya? Bolehkah saya mendapatkan salinannya juga? Kos penghantaran saya settle.