Selasa, Julai 06, 2010

Seorang sahabat...

Suatu ketika dahulu, aku mengenali seseorang hingga menjalin ikat persahabatan seperti juga sahabat-sahabatku yang lain. Kami akrab, semuanya sering bersama-sama dalam sebuah perjuangan. Meski kini sebahagian telah memilih jalan sendiri-sendiri tapi hakikatnya kami tetap bersama, setidak-tidaknya ingatan dan kenangan. Masa sudah bukan sekadar sebuah sketsa atau galeri kehidupan tetapi ia lebih daripada itu kerana apa juga yang dilalui telah menjadi sebati dalam sanubari.

Demikian juga dengan seseorang ini, kami bersahabat begitu lama, hingga satu hari kami bertemu di alam rasa yang maha dalam. Dan ia berjalan tidak mudah, malah dalam ketidakmudahan itulah kami menempuhnya dengan sabar dan iktibar.

Akhirnya kusarung sebentuk cincin di jari manisnya!

~ Hasyuda Abadi ~

Tiada ulasan: