Khamis, Februari 11, 2010

Berhujah di Hadapan

(Dedikasi: Para peserta Kursus Pengucapan Awam Siri 1/2010 Kampus INTAN Sabah)

ingin lebih memahami peribadi dan memuliakannya
ketika memandang anda di hadapan

satu persatu kata kukatakan kehebatan insan


jangan mudah menyerah tetapi menyerlah

jitu ilmu siaga menggagahi minda

bukan takabur bahkan wadah


kita berani kerana benar

indah bicara mulia tutur bahasa

rendah diri bukan membuta tuli


hemah suara walaupun lantang

hujah harus jelas difahami terang

mendengar tepukan girang bukan bererti menang


insan memilih mulia jauh daripada pujian

ia berjuang kerana memilih kebenaran

tidak leka menghargai sifat-sifat pilihan


ku berhujah di hadapan sebagai kenangan

tidak hanya belajar mengucapkan selamat berjuang

kutitipkan sebuah pentas kental pengalaman



~ Hasyuda Abadi ~
INTAN Kampus Sabah,

Jalan Sulaman,

Kota Kinabalu.

11 Februari 2010.

1 ulasan:

hertiny berkata...

salam..tuan...bangga saya dapat mengenali tuan sebenarnya HASYUDA ABADI...cuma saya tidak berkesempatan untuk berbicara tentang puisi tuan...mana tau dapat tip utk menjadi seorang pendeklamasi puisi pula....
salam ukhawah....