Label

2017 2022 2025 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Antologi Puisi Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBKK DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Jubli Perak DBKK Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Senandung Kota di Bibir Samudera Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Isnin, Mei 04, 2009

Ariffin dan Tiga Alur Sungai

APABILA Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut bercakap mengenai tiga alur sungai dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang diadakan April lalu, hari sudah lewat petang sehinggakan Speaker terpaksa meminta beliau memendekkan ucapannya.

Ramai yang kecewa kerana tidak dapat mendengar huraian Arifin mengenai sungai. Jika dalam sidang sebelum ini, beliau berbicara mengenai tiga jenis bunga, kali ini perbahasannya mengenai tiga alur sungai iaitu Sungai Alam, Sungai Perubahan dan Sungai Kalbu, tidak kalah menarik.

Sungai sesungguhnya bahagian daripada kehidupan manusia. Sungai penting sebagai nadi kehidupan insan dengan seluruh khazanahnya yang menjadi sumber kepada kehidupan.

Satu ketika dahulu, sungai penting sebagai alat perhubungan dan sumber mata pencarian. Aktiviti manusia banyak dihubungkan dengan sungai malah sebahagian kita ada yang lahir , membesar dan dewasa dalam lingkungan sungai.

"Tidak hairanlah apabila sungai sering disebut sebagai hasil seni dan sastera, dalam kerja dan karya, dalam bahasa dan peribahasa, dalam kata dan seni kata", kata Arifin. Malah sebuah kata-kata terkenal dari Babylon "Lontarkan saja dia ke sungai Eufrat, dia akan timbul dengan butiran mutiara' dapat diertikan orang terbaik, kreatif dan inovatif. Sejarah menampilkan betapa peradaban demi perdaban dunia yang terbina dengan menyaksikan pusat tamadun berkenaan bergerak di sekitar sungai.

Ada sebuah pepatah Cina yang menukilkan moral cerita mengenai sungai.Kisah negara Mu dan Yue yang sering bertelagah dan berperang.Satu hari ada rakyat yang menjadi penyokong dua negara itu menumpang dalam sebuah perahu penambang merentasi sungai. Sungai itu, tiba-tiba deras dan membahayakan sehingga dalam keadaan yang genting itu, kedua-dua golongan yang bermusuhan yang berada daalm perahu itu tiba-tiba melupakan semua sengketa, lalu bergotong royong memastikan perahu mereka selamat. Tong Zhou Gong Qi yang bermakna "ketika berdepan dengan masalah, semua bersatu bergotong-royong" .

Di Nusantara ini, kata Arifin melanjutkan, ada kata-kata mengenai kata sungai yang mengingatkan kita "Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang padang". Unsur-unsur sungai juga banyak terselit dalam bidalan: sambil menyelam minum air, air yang tenang jangan disangka tiada buaya, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian dan banyak lagi.

Ada tempat tersohor, dikenali kerana sungainya. Sebutlah Mesir, kita akan lupa dengan Sungai Nil, Sebutlah Itlai, kita akan mengenang Venicenya. Malah Latiff Mohidin pernah menulis saja mengenai sungai-Sungai Mekong. Bahkan ada lagu, Sayang Sarawak sungainya sempit....

Pesisir pantai dan sungai kita kebanyakannya indah. Oleh sebab itu, Arifin mencadangkan agar satu hari nanti akan wujud teksi atau bas laut atau sungai di sekitar pesisir kita yang indah di Kota Kinabalu, khususnya bagi pelancong dan masyarakat yang tinggal di persekitaran sebagai alternatif pengangkutan yang sekurang-kurangnya membawa mereka lari dari sesaknya jalan raya. Amir Syeikh Kaldum di Dubai mempromosi pelayaran malam di pantai bandarnya, juga pelayaran malam di pesisir Sungai Nil, pasti menghadiahkan pengalaman yang menarik kepada pelancong.

Satu yang paling istimewa, sungai dikaitkan Allah S.W.T dengan gambaran indah di dalam syurga "tajri mintah tihal anhar, mengalir di bawahnya sungai-sungai" . Arifin yang juga lulusan pengajian bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar Mesir menyatakan tentulah sungai yang dimaktubkan dalam Kitabullah itu, sungai yang indah, jernih, bersih dan deru airnya menenangkan.

"Bukannya sungai yang tercemar oleh sesetengah masyarakat, yang dijadikan sebagai tempat membuang sampah", katanya.

Sungai sesungguhnya sumber kehidupan menerusi aktiviti mencari rezeki yang bergerak di sekitarnya. Sungai juga boleh menjadi pusat pelancongan dengan memanfaatkan amalan dan budaya hidup masyarakat di sekitarnya sebagai satu daya tarikan.

"Sangat baik kiranya kerajaan mewujudkan sisten anak angkat bagi sungai-sungai di negeri ini sambil menghidupkan kembali gerakan cintailah sungai kita. Gerakan ini perlu bermula dari sekolah, organisasi, JKKK malah perlu penglibatan GLC sebagai sumbangan mereka terhadap usaha melestarikan alam sekitar.

Arifin juga melahirkan keyakinan atas inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan sistem tagal di beberapa sungai dan kini diperkenalkan pula sistem tagal di kawasan laut yang dimulakan di Kuala Penyu dan Binsuluk yang boleh menjadi antara langkah memulihara sungai sajma ada dari hasil ikannya mahupun kebersihan dan keindahannya.

Disamping itu, sistem tagal ini menjadi wadah klasik tetapi berkesan dalam menyemai benih kerjasama, muafakat dan hormat menghormati serta mematuhi peraturan yang diwujudkan bersama demi keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Terlepas dari persoalan peringatan Tuhan terhadap insan dan kita bermuhasabah mengambil hikmahnya, terlepas daripada persoalan kerosakan di muka bumi berpunca dari tangan-tangan manusia, kata Arifin, kita tidaklah wajar untuk terus pasrah dengan keadaan sesetengah sungai yang kadang-kadang menjadi kendala kepada aktiviti masyarakat. seperti banjir yang kekerapannya dan tinggi parasnya di luar daripada kebiasaan.

Beliau memohon agar Kerajaan membuat kajian berhubung dengan langkah mengatasi banjir ini termasuk kajian kemungkinan membesarkan, melebarkan, meluruskan, mendalamkan atau membersihkan atau apa-apa saja yang difikirkan sesuai untuk mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat akibat kekerapan banjir.

Sekali air bah, sekali pantai berubah.Inilah fitrah alam kata Arifin ketika mengulas sungai perubahan yang dikatakan. Apapun, jika kita menginginkan kejayaan kita perlulah berubah. Sungai perubahan itu deras alirannya. Tiada siapa yang berdaya memampangnya.

"Jika kau hadang air yang deras, ia akan menalir juga dari celah-celah hadangan itu.Penghadang perubahan itu akan runtuh," . Demikianlah kata Arifin lagi jika kita amati inti penegasan Perdana Menteri, Datuk Deri Najib Tun Razak, kalau kita tak berubah, kita akan rebah.

Memang sesungguhnya kita perlu berani untuk berubah/jika tidak kitakan hilang arah/beranilah berubah/jika tidak kita hilang maruah/jika tidak musuhkan sedia memamah.

Ubah haloba kepada qanaah/ubah amarah kepada tabah/ ubah lesu kepada gagah/ ubah alpa kepada muhasabah/ ubah lupa kepada fikrah/ubah diam kepada langkah/ubah dendam kepada mahabbah/ubah lawan kepada kawan/ubah kufur kepada syukur/ubah nafsu kepada kalbu.

Perubahan boleh dirujuk sebagai taghyir, change atau tajdid, reform atau pembaharuan sebagaimana pembaharuan itu merujuk kepada hijrah. Jika kita mencari model unggul berubah, reformer terbaik itulah Junjungan S.A.W yang menjadi uswatun hasanah yang telah berjaya melakukan reform terhadap nilai pegangan menuju akidah yang benar, menuju akhlak yang benar dan menuju pembaharuan sistem politik dan ekonomi yang benar.

Tiga agen perubahan yang berkesan iailah melalui pembudayaan ilmu, pembinaan modal insan dan kemantapan perpaduan.

Arifin juga menyanjung tinggi usaha merancakkan pembudayaan ilmu menerusi pembinaan perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan e-desa. Beliau meminta agar gerakan memperbanyakkan perpustakaan desaa dan e-desa kerana ia merupakan tiga faktor maju yang disebutkan Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said iaitu pertama membaca, kedua membaca,ketiga membaca.

Modal insan menerusi tarbiyah dan latihan kemahiran menjadi faktor kedua perubahan itu.Membina generasi menuntut kepada tarbiyah sebagaimana yang sedang disusun oleh kerajaan bermula dari peringkat tadika sehingga ke menara gading. Pembinaan usahawan juga menuntut kepada latihan dahn kemahiran, yang telah dan sedang disusun oleh pihak kerajaan. Masa krisis ekonomi ini dikatakan masa terbaik untuk kita memfokuskan kepada program latihan.

Bagi memberikan latihan dan pendedahan serta ilmu yang sistematik dan berterusan kepada usahawan bumiputera, beliau mencadangkan kepada Kerajaan agar mewujudkan Institut Latihan Keusahawanan Sabah (ILKS) yang mana nantinya menjadi wadah pembimbing para usahawan dengan ilmu, skel dan kemahiran. Beliau juga menyambut baik usaha Kerajaan mewujudkan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri (MPUN) dan Unit Pembangunan Usahawan yang menjadi petunjuk yang jelas keprihatinan Kerajaan dengan membangun, membela, membimbing dan memajukan usahawan.

Beliau juga berkata cadangan Kerajaan mewujudkan Taman Halal Sabah merupakan langkah kerajaan untuk membugarkan gerakan ekonomi kerana industri halal yang mempunyai potensi yang besar sama ada di peringkat BIMP-EAGA hatta ke peringkat antarabangsa.

Faktor ketiga yang menjadi kekuatan dalam memajukan ummah dan negara tentulah perpaduan rakyat di negara ini yang antaranya berusaha diperkasakan lagi menerusi konsep Satu Malaysia; Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. "Siapa yang mencari modal one Malaysia, carilah modal perpaduan itu di Sabah", katanya sambil meminta kerajaan mengembangkan konsep unity in diversity. Kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi salah satu inti dalam halatuju pembangunan dan kemajuan negeri Sabah sebagai pendukung kepada One Malaysia.

Apapun, ketiga-tiga faktor iaitu pembangunan ilmu, modal insan dan perpaduan, hanya akan berkesan apaabila kita dapat bermuhasabah dalam memastikan sungai ketiga iaitu sungai kalbu, sentiasa jernih, bersih dan suci.

Tak mungkin kita berubah dan maju, jika sungai kalbu kita penuh dengan sampah sarap kebencian dan dendam, tak mungkin kita berupaya berubah dan maju, jika sungai kalbu kita bertimbun dengan hanyir bangkai hasad dengki dan permusuhan, tak mungkin dan tak mungkin kita berdaya untuk berubah dan maju jika sungai kalbu kita kabut oleh pencemaran dusta dan dosa, kemunafikan dan kekufuran.

"Kita lemah kerana sungai hati kita dilimpahi banjir prasangka dan kedengkian, kita lemah kerana sungai hati kita tidak diluruskan dengan kebenaran, sungai kalbu kita kurang dilebarkan dengan permuafakatan, sungai nurani kita tidak didalamkan dengan keinsafan dan jarang dibersihkan dengan kesabaran dan kesyukuran.

Kitan kurang sabar dan kurang bersyukur.Yang belum dapat, lupa benar untuk bersabar, yang sudah dapat lupa benar untuk bersyukur.Yang belum beroleh, semua orang diambil oleh, yang sudah beroleh, sampai lupa untuk menoleh.Yang belum ada, bermati-matian supaya ada, bila sudah ada, lakunya mengada-ngada.

Bila yang ada tiba-tiba hilang, dipersoalkan pula kenapa hilang, diada-adakan pula perkara yang sebenarnya tiada.Lalu golongan yang kehilangan yang ada itu berkumpul pula untuk mempersoalkan golongan yang sedia ada.Mereka mencari jalan bagaimana golongan belum ada, bersama-sama mereka, mempersoal golongan yang sedia ada.

Inilah, katanya penyakit yang timbul akibat tercemarnya sungai hati, bagi kita bersama-sama bermuhasabah diri.

Dipetik dari Artikel 'Ariffin dan Tiga Alur Sungai' tulisan Abd Naddin Shaiddin

~ Hasyuda Abadi ~

Tiada ulasan: