Sabtu, Mei 09, 2009

Selamat Hari Ibu



Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku
mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap k
epada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai par
i-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akh
ir nanti, aku janji

(Lirik 'Selamat Hari Ibu' oleh HUJAN)
buat Mamaku
HAJAH SUBIAH BINTI SIDEK

Semoga mama sehat dan dipanjang usia. Jasa dan bakti mama tidak dapat dibalas kerana sampai bila pun tidak ada apa yang mampu membandingkan jerih perih mengandungkan, melahirkan, menjaga, mengasuh, membesarkan... Mamalah emak, mamalah guru, mamalah kawan, mamalah rumah syurga. Meskipun anakmu ini bukan yang terbaik, tidak pernah ada hari melupakan mama ketika sudah berjauhan. Sesungguhnya erat kasih sayang tiada garis dan sempadan.

Isteriku - Yazidah Yau Abdullah - meskipun kesihatanmu telah mengisi hampir seperempat bahagian usiamu dan kehidupan kita bersama anak-anak, jadam kehidupan ini sentiasa mengingatkan kita tentang erti kasih sayang dan cabaran hidup.

Adik-adiku - Hassimah, Hamidah, Melati dan Melor (yang berada jauh di Kelantan), moga menjadi ibu yang hebat sebagaimana ibu kita yang tidak pernah mengeluh untuk bersama walaupun di mana kita berada. Sesudah mengandungkan, melahirkan, menjaga dan mengasuh ibu juga sentiasa perhatian dengan cucu-cucu dan cicitnya.


Guru-guruku, Sahabat-sahabat dan teman-teman taulanku, ibu-ibu yang jauh dan dekat - yang ramai di mana-mana juga anda berada. SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU. Sesungguhnya peranan anda memang hebat.


~ Hasyuda Abadi ~

3 ulasan:

Pena Alam berkata...

abang hasyuda,

pa'al juga baru muat turun lagu ini sehari sebelum hari ibu.

salam dan selamat hari ibu untuk pn.hajah subiah..juga untuk semua ibu-ibu yang tak pernah jemu menjadi ibu terbaik...kasih sempurna, infiniti!

Hasyuda Abadi berkata...

Lirik lagu Hujan tu pernah abang masukkan ke blog terdahulu sebelum menyertai blogspot. Lagunya santai tapi menginsankan, menginsafkan, mendekatkan insan bernama ibu, umi, mama, bonda, mummy dan sebagainya. Abang terkilan tidak dapat balik kampung untuk meraikan Hari Ibu di sana, adik2 dan anak2 saudara memeriahkan ibu...

Pena Alam berkata...

abg hasyuda,

erm..betul :) yang penting doa kita bsama ibu, moga kebahagiaan dan kesihatan yg baik miliknya selalu.

pa'al ingin bawa ibu menyelam di lautan, tapi dia lebih suka cerita di daratan, dan biar pa'al jadi penyair dr laut untuknya, hehe...