Isnin, April 20, 2009

Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009


Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 yang dijadualkan pada 17 hingga 19 April 2009 di Melaka Bandaraya Bersejarah telah ditunda ke 22 hingga 24 Mei 2009 bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka. Penundaan ini disebabkan masalah teknikal dan atas nasihat penaja. Demikian mukadimah surat yang diterima daripada Biro Penulis Muda bertarikh 10 April 2009. (Nota: IPS menerima surat ini pada 20 April 2009)

Seterusnya undangan mempelawa penyertaan bagi anggota persatuan penulis seramai 10 orang. Enam daripadanya penulis muda (berusia 40 tahun ke bawah), dua orang pembimbing (usia bebas) dan dua orang pemerhati (usia bebas). Yuran setiap peserta (RM30.00) bagi ahli PENA dan pelajar; manakala RM50.00 bagi yang bukan ahli PENA/pelajar. Borang pendaftaran hendaklah tiba di meja urus setia sebelum 30 April 2009. Penyertaan terhad hanya kepada 200 peserta sahaja.

Pihak penganjur juga bercadang menghasilkan kumpulan karya penulis muda. Peserta yang mengikuti Perhimpunan ini digalakkan menghantar karya mereka. Pengajur bagaimanapun tidak akan membayar honororium atau bentuk bayaran lain kepada penyumbang karya. Karya yang dimaksudkan perlu dikirim secara e-mel kepada smzakir90@gmail.com sebelum 20 April 2009. Jika ada pertanyaan sila berhubung dengan Wan Zaida (013-6915266), Saifulizan Yahya (106-3018645), Muhammad Lutfi Ishajk (013-2650876) atau PENA (03-212425824).