Rabu, Januari 14, 2009

Bius Bisu


Bungkam bersuara tapi adakah yang mendengarnya? Bumi diam seketika ada riuh sukma menyapa bersenandung di puncak sunyi menyaksikan sayap jelita melintasi angkasa melankolis hiba. Tak ada peristiwa mahupun elegi perjalanan terhenti. Sekadar berita jalur warna mencari ketiadaannya. Dibius bisu

2 ulasan:

Mohd Isa bin Abd Razak berkata...

Salam.

Saya ada membaca beberapa puisi tuan. Dalam puisi-puisi itu tuan dapat menggunakan bahasa yang indah dan berkesan. Teruskan penggunaan bahasa Melayu tinggi, betul, baik, indah dan berkesan.

Puisi ini indah tetapi agar sukar difahami.

Saya sudah bersara. Kini saya ada masa untuk membaca karya tuan di blog ini.

Wassalam.

Hasyuda Abadi berkata...

Salam, terima kasih Cikgu. Lama juga tidak berkhabaran. Perkembangan saya beginilah, pasti dengan diksi-diksi yang diharapkan dapat diterima umum. Puisi 'Bius Bisu' memang sukar difahami tetapi tetap mempelawa untuk difahami.

Hasyuda Abadi