1.Seorang telah berkata 'melupakan seseorang dengan membencinya', tapi kata hatiku 'melupakan seseorang dengan menyayanginya'.
2.Ukhuwah insan tak pernah luntur walaupun ada orang memandangnya kabur.
3.Persahabatan itu juga terapi malangnya menjadi api kerana gagal menunjangkan akarnya iaitu kepercayaan.
4.Kehidupan di dunia jambatan antara kebatilan dan kebenaran. Kebenaran menepis sifat2 angkuh, kesumat dan sombong yang mengagungkan kelemahan fikiran.
5.Banyak berkata bisa membenihkan dosa. Kurang berkata melayarkan buruk sangka. Bersederhana perlu bijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan