Jumaat, Oktober 17, 2008

Bait Terhujung

tidak lagi terjelma bait-bait baru setelah kutemui
petunjuk titikku. bait-bait yang terdahulu adalah
himpunan peristiwa mengisi kehidupan sementara,
ketika tidak lagi tersapa inti rahsia hanya cermin
menghias kamar didiami hukuman-hukuman
lampau. di hujung bait ini telah direnjis wangi mawar
dan abadi lebur di udara, apakah ada angkasa yang
sesasa rahsia melepaskan sayap-sayap jelita? agar
segar anggur dan manis air yang mengalir menanti
saat berangkat akan tiba. terimalah bait terakhir ini
dengan titik maha titiknya. kututup kitab segala
peristiwa dibawa bersama jernih doa.

Tiada ulasan: