Sekiranya anda berasa selesa berada dalam lingkungan sasterawan tulen, saya percaya apa sahaja yang terpancar dari alam gelap para penguasa ketika menangapi ujana sastera sebagai malapetaka kepada anak-anak kita, akan turut serta memperhitung betapa parahnya dunia sastera Melayu kita. Itu pun jika merasakan dunia Melayu telah sebati dalam jiwa mereka.
Saya sering mengutarakan beberapaisu yang wajar difikirkan, dibincang atau dibicarakan secara santai melalui milis yang saya selenggara iaitu KEMSAS. Di sini sesiapa sahaja bebas mengutarakan pandangan. Tidak perlu risau jika ada pihak yang kurang senang apabila mendapati pandangan kita kurang relevan dengan kehendak mereka. Ya, biasanya agak kurang orang yang senang dengan teguran. Ini sering juga membuat saya berfikiran bahawa penggiat sastera kita tidaklah sehebat mana. Lebih ramai yang berani di belakang, lebih ramai yang berani 'menapuk' belang berbanding berang di hadapan.
Di Matunggongbaru-baru ini saya berkesempatan bertemu dengan sahabat seorang guru di sana dan memahami apa yang pernah saya maksudkan dalam komen saya mengenai sastera dan para pengurus sastera kita yang kurang serius. Kami sempat bercakap mengenai dengan sumbangan yang harus diberi dan imbalan yang patut diterima. Saya berkata lebih baik melakukan sesuatu apabila kita rasa mampu misalnya berhubungan dengan corak pelaksanaan sesebuah program sastera. Jangan biarkan ada individu yang terus berharap mendapatkan sesuatu sedangkan penantiannya itu menjadikannya manusia yang kaku. Kita membuat teguran untuk kebaikan bersama dan masa depan sastera kita tidak hanya tertakluk di tangan pengurus sastera itu. Semua penggiat sastera punya tanggungjawab, bermakna tindakan kita bukan bertujuan mahu campur tangan dalam urusan dalaman organisasi berkaitan. Namun jika anggapan bahawa orang seperti kami di Kemsas ini 'pengacau' bah, tiada batasan untuk memperkatakan apa sahaja isu yang menyentuh hak kebersamaan kita. Jika pada tahun 2007 malah 2006 juga, banyak program sastera yang 'menghabiskan wang rakyat' kita tidak tahu apakah pengalaman yang dianggap gah, cemerlang dan gemilang itu memberi impak yang terbaik untuk sastera kita itu berulang di tahun-tahun mendatang. Sebagai pembayar cukai (meminjam kata-kata Rem) kita wajar menikmati hasil yang sama rata daripada program yang dilaksanakan.
25 Januari 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan