Ada ketikanya kita terlalu berhati-hati untuk menyatakan pandangan terhadap beberapa perkara penting tentang kehidupan. Dunia kita bermula dari diri sendiri yang akrab dan menyatu dalam fikiran. Minda menerima pelbagai masukan pengalaman dan peristiwa. Berlaku pertembungan yang mengajak minda membongkar, membelah kekabutan peristiwa-peristiwa yang masuk. Isu-isu yang membuai rasa, kadang-kadang mencabar seterusnya membajai anggapan yang bermacam-macam, di sinilah bermulanya putaran fikir memautkan seribu satu tafsir, telaah dan pandangan. Memang tidak semua diterima, namun tidak juga semua ditolak, pada saya apa yang terjelma dan hidup dalam fikiran harus diterjemah sebijaksana mungkin walaupun kerananya kita tidak akan popular.
Kabut yang menutup minda orang lain harus dibelah, dan inilah nukilan yang pernah saya lakukan. Mudah-mudahan koleksi tulisan serta catatan dalam blog ini menjadi rujukan atau setidak-tidak mengetahui bahawa ada seorang yang pernah menyatakan sesuatu dan dia ialah saya.
Dalam blog ini saya juga memautkan blog-blog saya yang lain termasuklah sesi temubual Berita Harian dengan saya suatu ketika dahulu. Malah yang penting lagi, ada pautan puisi-puisi saya yang sengaja dibina untuk tatapan, kajian dan juga pembelajaran kepada anda.
HASYUDA ABADI,
Pustaka Iqbal Nazim,
Kota Kinabalu, Sabah.
M A L A Y S I A.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan