Isnin, Disember 11, 2023

Sastera untuk Rakyat

Sastera ialah suatu seni penting dalam kehidupan manusia Melayu- Nusantara, dan dicipta berterus-terus sejak ribuan tahun yang lalu. Kita melihat sejumlah manusia - raja dan pahlawan, permaisuri dan puteri, jejaka dan gadis yang dilukis sebagai watak-watak sempurna, tanpa cacat celanya. Di dalamnya, dilukis dengan warna dan berus imaginasi, ditambah dengan bahasa baik. Demikianlah kita membacanya dan menikmati dunia ini serta dirangsang untuk menurut contoh di depan kita.


Sastera itu benar dalam maksud paraleInya, dalam maksud simbolik atau metaforanya dan maksud bayangan situasinya. Walaupun tidak nyata, namun makna umum masih dapat ditarik daripada sesebuah cerita atau puisi. Oleh itu kebenarannya berbayang tentang manusia dan kehidupan. Malah, beberapa sifat dan kecenderungan umum - seperti berperang, berdamai suka fitnah menfitnah, dan berasmara. 

Kita lihat sastera Melayu selalu juga membawa pengajaran, teladan dan contoh untuk dikuti oleh khalayaknya.


Sastera Melayu secara kolektif boleh dikesan cita rasanya kerana yang baik dan indah selalu diulang, dan juga mendapat respons yang baik daripada khalayaknya. Sastera dan seni memanusiakan, menghaluskan watak dan mendirikan peribadi khalayak. Sastera mengajar secara tidak langsung dan mengesan bawah-sedar, maka kesannya lebih lama dan kekal.

Tiada ulasan: