Label

2017 2022 2025 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Antologi Puisi Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBKK DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Jubli Perak DBKK Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Senandung Kota di Bibir Samudera Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Jumaat, Ogos 26, 2022

Berdosa tubuh IPS, IPS tidak boleh pergi ke mana-mana?

Hangat! Namun lebih hangat lagi peristiwa 25 tahun lalu. Sekadar sebuah kenangan yang sangat memberikan iltizam. Bukan ini yang hendak diceritakan. Tetapi liputan sebuah portal terhadap sebuah kenyataan yang sangat memeranjatkan. Pada saya mungkin itu ungakapan yang biasa daripada seorang yang sudah berkaliber. Namun bagi golongan yang biasa, barangkali mempunyai nilai yang berbeza. Contohnya asumsi dalam kalangan ahli junior. 

Saya simpan catatan Ketua Penerangan IPS, saudara Mohd Azrone Sarabatin, untuk tatapan sesiapa jua. Mungkin berguna untuk generasi akan datang.


www.sabahtaim.com/2022/08/berdosa-tubuh-ips-ips-tidak-boleh-pergi.html

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

DUNIA sastera Sabah yang kembali tenang selepas seketika tegang berikutan pemilihan Sasterawan Negeri Sabah 2020 yang menimbulkan kemarahan sekumpulan penulis, dilihat kembali kepada perang dingin antara dua persatuan penulis.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif (tengah) selepas merasmikan Wacana Perkembangan Persatuan Penulis Sastera di Sabah di Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah di Kota Kinabalu.

Perang dingin bermula apabila pengasas Ikatan Penulis Sabah (IPS), Datuk Jasni Matlani menganggap tindakannya mengasaskan persatuan penulis itu 32 tahun lalu sebagai dosa besar kerana memecahbelahkan penulis yang baharu saja bersatu selepas  sedekad  bercerai-berai.

Malah Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) itu secara terang-terangan mendedahkan tindakannya meninggalkan IPS pada 1998 kerana persatuan penulis itu tidak ke mana-mana atau tidak boleh pergi jauh.

Jasni yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuat pendedahan berkenaan pada majlis Wacana Perkembangan Persatuan Penulis Sastera di Sabah di Kompleks DBP Cawangan Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

Sementara itu, Ketua Satu IPS,  Awang Abdul Muizz Awang Marusin, berkata, walaupun dianggap tidak boleh pergi jauh atau ke mana-mana, namun IPS terus bertahan lebih tiga dekad lalu dan tidak goyah ketika dunia dilanda pandemik COVID-19.

“IPS tidak ramai tapi IPS ada. IPS masih ada sampai kini. Alhamdulillah. Yang menjadikan IPS masih ada sejak 24 Mac 1990 itu pendahulu dan penerusnya, termasuk kami semua ahlinya.

“Selagi ada kudrat dan iradat, kami meneruskan sekadarnya. Sebab adanya kami di sini bukan sahaja untuk berkiprah kepada bangsa dan negara dalam bidang kebitaraan kami, tetapi juga yang lebih penting ialah untuk meraih kasih sayang Tuhan yang Maha Kuasa, Allah SWT.

“Semoga menjadi amal jariah kepada kami semua, baik pendahulunya mahupun penerusnya... dan terima kasih kepada semua yang telah dan masih ada untuk kita semua, bangsa dan negara," katanya.

Seorang lagi pengasas IPS, Abd Naddin Shaiddin yang juga bekas Ketua Satu persatuan itu, mahu semua ahli menganggap pendedahan itu sebagai cabaran kecil untuk lebih maju dan bermartabat.

Mengulas mengenai ada ahli IPS yang mahu menyertai kegiatan kesusasteraan di ibu negara dan negeri lain yang dikelolakan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), ditolak penyertaan mereka kerana IPS bukan anggota GAPENA, Abd Naddin berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana gabungan persatuan penulis itu memperoleh dana daripada kerajaan dan sepatutnya menaungi semua penulis.

Katanya, IPS sudah dua kali mengajukan permohonan menjadi kerabat GAPENA tetapi kedua-duanya ditolak.

Malah katanya, ada tokoh dari Sabah sendiri yang menjadi ‘dalang’ untuk menolak kehadiran IPS kerana bimbang menjadi saingan kepada mereka.

Beliau berkata, selepas itu, IPS tidak lagi memohon menjadi kerabat GAPENA kerana merasakan bahawa menjadi ahli GAPENA tidak lagi begitu penting. Sebaliknya menjadi diri sendiri, dengan jati diri sendiri.

“Sebenarnya permohonan kita sendiri atas cadangan orang GAPENA dan mereka pun hairan kenapa ada pihak tertentu hanya mahu persatuan mereka menjadi kerabat,” katanya.

Terdahulu, Jasni yang juga Jawatankuasa Kerja GAPENA pada sesi soal jawab, ketika menjawab isu penolakan persatuan tertentu sebagai kerabat GAPENA menjelaskan antara puncanya adalah kekangan dana.

“Ini kerana, semakin banyak anggota kerabat bermakna dana untuk anggota pun turut meningkat dan banyak lagi isu berbangkit termasuk cadangan ahli kerabat sendiri, sebuah negeri sewajarnya hanya diwakili sebuah persatuan,” katanya.

Sesungguhnya, IPS persatuan yang berwibawa. Bukan persatuan kekampungan yang boleh diperlekehkan.

**Penulis adalah Ketua Penerangan IPS.

Tiada ulasan: