Rabu, Jun 30, 2010

Mimpi Sejarah

kau tidak dapat berbuat apa-apa
walaupun tongkat di tangan
memilih jalan tak mungkin benar
huyung hayang dalam pandang samar

Kau mendengar siapakah yang selalu
tiba di teras rumah dan berhujah
mengandaikan pelbagai demi
dimensi masa depan tak pernah sudah

Perjuangan tak pernah selesai
kau berjuang dengan tekad yang hebat
faham arus dan musim
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Bezanya tak ada perjuangan yang jelas
kecuali mimpi-mimpi sejarah
diulang-ulang

~ Hasyuda Abadi ~

Tiada ulasan: