Ahad, September 22, 2024

Puisi: Setelah Tuan diLembukan


bumi yang tak kekal
menghimpun peristiwa
tuan dan lembunya
membezakan zaman
ketika bergelar tuan
mempunya apa sahaja
harta kuku besi dan kuasa
di sekitar hanyalah hewan
sentiasa dilembukan
dimiliki tuan tak percaya
akan turun memegang kaki
hewan-hewannya
tanpa peduli kekuatan zaman
yakin kuasa miliknya tak terlawan
tak disedari hewan-hewan
telah menghewankannya
menunggu waktu tali bertukar
di leher siapa
masa berputar seperti usia
tidak selamanya muda
lehernya tidak bermaya
patuh kerana bukan lagi seperti
manusia berkuasa
longlai hilang aura hilang suara
ditertawa geraknya tidak bergaya
dilembukan tidak dipedulikannya
disanjung tanpa kuasa
ditarik sini sana hanya figura
menunggu tiba masa
HA
RupHA
17/9/2024

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya amat mengalu-alukan sebarang komentar pengunjung Blog Hasyuda Abadi.

Terima kasih.