Rabu, November 06, 2024

PUISI ADALAH

Penjenamaan Puisi Adalah (PAL) sebagai salah satu transformasi IPS bukan untuk semata-mata aktiviti biasa. Sebelum ini Puisi Adalah hanya sebuah acara baca puisi. Sejak Julai 2023, PAL diperkasakan berdasarkan empat teras: 1) Apresiasi 2) Sayembara 3) Penerbitan dan 4) Wacana.

Keempat-teras ini jika ditelusuri satu persatu sepanjang tahun pertamanya telah mencapai keperluan kebitaraan sebagai persatuan penulis yang berwibawa.

Menerusi apresiasi, PAL mengetengah perkongsian penulis melalui acara baca puisi, proses kreatif dan penataran penulisan kreatif.

Sebagai salah satu strategi pendinamikan sebagai penulis, IPS menganjurkan program penghasilan karya menerusi sayembara. Dua slot ke arah itu, 1) Sayembara Puisi Adalah di Facebook dan 2) Hadiah Puisi K.Bali (sayembara menulis puisi peringkat Asean). Kedua-duanya telah dan sedang berlangsung.

Teras ketiga penerbitan buku ditumpukan kepada program penataran penulisan kreatif melalui konsep 1 bengkel 1 buku. Konsep ini juga merupakan inovasi kepada melahirkan penulis-penulis pelapis di peringkat sekolah menengah. Sehingga kini IPS telah menerbitkan 6 buah buku dan sebuah sedang dalam proses penyuntingan hasil program penataran yang dimaksudkan. Penerbitan buku hasil daripada sayembara PAL di FB dan sayembara Hadiah Puisi K.Bali juga akan dilaksanakan. Ini menggambarkan realiti kebitaraan IPS dalam konteks inovasi.

Penerbitan buku sudah tentu perlu diketengahkan secara lebih terbuka bukan semata-mata bertujuan komersial tetapi membuka pintu kepada penelaah, pembicara mahupun pembaca dalam korpus pewacanaan yang serius. Bitara ke arah ini wajar direalisasikan agar lagi ramai pengkritik sastera dilahirkan. Di sisi yang lain ketaraan terhadap buku dan penulis agar dikenali.

IPS mengambil peluang memilih Sepanggar sebagai lingkungan pengoperasian program-programnya sebagai langkah yang terbaik. Pelbagai inisiatif diungkayahkan IPS untuk meletakkan Sepanggar sebagai hub kegiatan sastera dan budaya di Sabah antaranya Inisiatif Sepanggar Membaca, Sepanggar Berpantun dan Melukis Senja.

IPS hanya sebuah Ngo yang sederhana tetapi sentiasa berjiwa besar. Bertindak sejajar dengan dasar perjuangannya secara Wasatiyyah dan Istiqomah tetapi Berimpak Tinggi. Kerana itu juga pimpinan persatuan bawaan Ustaz Abdul Muizz Awang Masusin ini tidak akan menunggu sesuatu yang terbaik datang dengan sendirinya tetapi bekerja dan berinovasi agar apa jua inisiatif yang dilakukan memberikan impak yang terbaik.


Buku-Buku Hadiah Puisi K.Bali (2024)


Antologi Puisi Adalah 
Sayembara Puisi Adalah Siri 1.0



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya amat mengalu-alukan sebarang komentar pengunjung Blog Hasyuda Abadi.

Terima kasih.