Isnin, Jun 21, 2010
Sahara Cinta
aku adalah rimbun hijau
yang kau merahkan
yang sering menumpahkan tanya
dalam sentuhan nalurimu
aku adalah dari kuntum fikir
yang kau akarkan
yang sering memaknakan wujud
dalam mistik hatimu
aku adalah dari sahara cinta
yang kau sinarkan
yang sering memesrai akrab
dalam rahsia kalbumu.
PUSTAKA IQBAL NAZIM
~ Hasyuda Abadi ~
Dedikasi buat ayahku
~ Hasyuda Abadi ~
Ahad, Jun 20, 2010
Kunjungan v
- Sahara Jais
kunjungan kali ini menjelaskan rimba menjadi padang sutera
menyebabkan malam-malam semakin tenang dan terang
oleh cahaya keagungan
lebur yang abadi menakluk segalanya
ketika awan-awan berarak menuju destinasi
inilah kunjungan menamatkan segala puri tanya yang bersawang
purnama menjadi dekad bertekad niat dengan ketabahan...
Taman Putera Jaya,
Telipok.
20 Jun 2010
~ Hasyuda Abadi ~