Selasa, Ogos 08, 2017

PUISI: K E M A A F A N

KEMAAFAN

ia tidak berlalu di jendela ketika memandangnya
sambil menghitung sesuatu yang tak terbilang
berapakah kekhilafan dan kekerapan kemaafan dilafazkan.

di ruai kemaafan bagaikan tetamu yang menunggu
suara tulus dan ikhlas, meletakkan takwa
mendahului segalanya, lafazkanlah tanpa dipinta
seumpama pembersih jiwa lalu mendamaikan kemanusiaan.

kepada musuh firman Allah kepada Musa, tatkala
berkuasa segeralah memaafkan, di sisiNya menyerlah
kemuliaan dan tasamuh mendekatkan insan
kepada keihsanan yang utuh.

kemaafan-Nya menghiasi ketakwaan, persilalah
kalian bertandang setiap menjelang percakapan
khusyuk ini, menghulur dan menerima kemaafan
insan, di jendela beransur sunyi
kerana segalanya menyatu di sukma diri.

HASYUDA ABADI
Baitulmuqaddam

29 Syaaban 1438

Tiada ulasan: